Sunday, March 16, 2014

Sebagai komuniti


Assalam. 


Kali ini aku terpanggil untuk menulis. Baru-baru ini, ada satu tragedi menyayat hati telah berlaku di Malaysia, tanah airku. Belum pun  reda kejadian menggemparkan kehilangan pesawat MH370 dan masih belum dikesan, tragedi ini menambah pilu Malaysia amnya. 


Konsert musik, Future Music Asia Festival yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, telah meragut banyak nyawa (yelah kan, lebih dari seorang). Selama yang aku baca, 6 orang dan beberapa lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal. Hal ini berlaku dilaporkan kerana telah mengambil dadah yang berlebihan. Ish ish ish. 

Sebelum aku mahu mengulas lanjut kisah ini, aku ucapkan takziah buat keluarga si mangsa.


Aku tak tahu sama ada aku telah dipukau atau ini sememangnya satu sifat kemanusiaan. Dan aku juga tidak pasti seandainya apa yang aku lontarkan akan diselar oleh masyarakat dan dianggap sebagai satu pendapat kurang bijak dan umpama menegakkan benang yang basah. 

Ok kisahnya, adalah di sana sini memperkatakan tentang isu ini. Maksud tersirat aku, memperkatakan ialah mencemuh, mengkeji dan memaki. Adalah disini, aku kurang bersetuju dengan tindakan mereka. Aku tahu, mereka telah menconteng arang ke muka seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Apa yang mereka lakukan telah memalukan mereka. No offense. Tapi, dari satu sudut lain, pernah tak kita letak diri kita sebagai ibu dan bapa mangsa yang terlibat? Sudahlah anak mereka melakukan onar, mereka pula mendapat caci maki cemuhan orang ramai, dan yang paling tragis, mereka kehilangan permata mereka. Walaupun, apa yang anak mereka buat, besar manapun kesilapan mereka, mereka masih seorang anak. Walaupun aku bukan seorang ibu atau bapa, akan tetapi satu perkara yang aku pasti, ibubapa mana yang takkan maafkan anak mereka. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. 

Aku tak tahu, kenapa instead of marah dengan perbuatan remaja dewasa yang hemmm.. 'kurang bijak', tapi aku bersimpati dengan keluarga mereka yang terbabit. Semua orang pernah ataupun akan merasa kehilangan insan yang mereka sayang, begitu juga aku dan dirimu. 


Kita hanya perlu doakan kesejahteraan mereka. Tak perlulah nak mencemuh sangat. Setiap orang pernah buat silap, dan kita patut bersyukur sebab masih bernafas dan punya kesempatan untuk memohon keampunan ke atas sesiapa pun yang pernah kita lukakan. Sebab kita tak pergi konsert tersebut, tak ambil dadah, kita dah anggap diri kita mulia? Jangan terlalu bangga. Kita takkan pernah tahu bagaimana pula nyawa kita ditarik. Lahir sebagai Islam, tiada jaminan kamu akan mati sebagai seorang Islam. Tepuk dada tanya selera. Manusia tiada yang sempurna apatah lagi maksum. 

Kita semua pernah muda kan? Maafkan emosi yang terganggu, namun aku juga manusia. Aku juga pernah buat silap. Aku juga pernah dihakimi masyarakat. Seharusnya aku tahu apa yang mereka rasa. 

Friday, March 14, 2014

I'll be back.

Pernah tak korang dengar lagu tu?

I'll be back by 2PM. Non-kpopers? Patut tak pernah dengar. 
Actually saja nak caption yang I might be back. To write.


Since I love writing and throw what ever in my mind. 
Cuma, the things, I don't know, maybe this blog takkan jadi a very knowledgable blog kot. Not an intelectual one. 

Sebab, aku suka untuk cerita semua. Yang penting, tak penting. Useful and useless. 
Till we meet again. And lots of love. 

Tuesday, February 05, 2013

Selamat ulangtahun sayang.

Assalam semua. 
Sepatutnya lama dah entry nie aku tulis. Tengoklah, hari nie pun dah 5hb Feb. 

Berseswaian dengan tajuk, aku sebenarnya nak menceritakan rentetan, not rentetan la sebenarnya tapi a bit of peristiwa yang berlaku hari tu. Aku rasa seperti tahun ini adalah one of my best birthday i ever had. 
Sebab, yang berlaku hari tu, semua baik2 belaka. Segala yang berlaku buat aku tersenyum. :) *senyum lebar sampai ke telinga. 

Dan pada hari tersebut aku dapat apa yang aku nak. Apa yang aku impikan. Alhamdulillah. Akan ku jaga ia sebaiknya. 
Oh! Tak lupa, yang menambah maniskan hari lahir aku adalah cikgu, yess!! cikgu yang pernah mention aku sebelum nie, sambut besday girl nie at KFC. With a very delicious blueberry cake. Untung betei badan nie.. Muehehe... 



Dapat gather dengan member sekolah menengah sama2. One of best moment on my birthday. 

Dengan lafaz Bismillah. saya membedah blueberry cake nie :)



Nielah cikgu yang aku sebut2 tu. Komawoo cikgu. <3


THIS WILL BE STAY AS A MEMORY...( a sweet one)

* Tak lupa mak ucap terima kasih pada yang wish besday hari tu. Tak kiralah through FB or text. Tapi tapi tapi.... kan korang, aku macam tak selesa dengan 1 wish korang, semoga cepat dapat jodoh... For sure lah aku aminkan. orang dah doakan tu!!! Tapi 21 is still too young for me. I don't want to think about this matter at all for this time at least. InsyaAllah those thing will come on the right time at right place. 

Peace....


Friday, February 01, 2013

be mine ^-^

Assalam semua... 

Hari nie tak banyak yang aku nak kongsi. Yepp!! Aku nak bagitahu yang aku aku balik kampung aku semalam. Tapi aku nak share pengalaman balik kampung kali nie di entry lain. 

Yang aku nak share kat sini adalah, yess!! seswai sangat dengan tajuk. 
Mesti kita dah biasa dengar tajuk tu kat corong radio kan2. 
So, yang aku nak cerita adalah aku dengar lagu tu 3x at the same radio station. HotFM. 
Dan aku bukan nak mengkomen bising2 yang diorang ulang pasang lagu yang sama banyak kali... Aku tak kisah pun since aku suka dengar lagu tu. 
Yepp!! Aku suka lagu nie. Catchy. Tak berat. 
Alah, setakat nak buat ringan2 kan kepla kan.. 
Selalu kan dengar lagu cinta yang berat2. Sampai kepala pun rasa macam pikul batu. 
Dan, for sure lah kan, lagu nie langsong tadak kait mengait dengan hidup aku.
The singer or this song are Tasha Manshahar, with Syed Shamim. 
Listen to this song for the first time, aku langsong tak suka. Tapi one day, ada yang pasang lagu nie. Means aku dengar secara rawak, and I felt for this song. The original version, without that guy. 

But then, bila dengar kat radio dah lain siket. Like they doing some rearrangement. Maybe for commercial purpose right?
But. I still like it. And if right now, people ask me, what song I really wanted to hear, I'll choose BE MINE :)

Nota kecil: Aku try buh youtube video nieh tapi tak berjaya dan aku putua asa. Tapi if klik kat "BE MINE" tu jumpe kott. So enjoy :)

* malam nie banyak sangat bintang. Cantik sangat. Rasa macam nak capai satu2, kutip then gantung dalam bilik. Aku suka bintang. 
Mungkin bintang tu nak celebrate besday girl. Oh! Untuk diri sendiri, Selamat Hari Lahir ke 21, u r big girl now. Be strong.