Sunday, March 16, 2014

Sebagai komuniti


Assalam. 


Kali ini aku terpanggil untuk menulis. Baru-baru ini, ada satu tragedi menyayat hati telah berlaku di Malaysia, tanah airku. Belum pun  reda kejadian menggemparkan kehilangan pesawat MH370 dan masih belum dikesan, tragedi ini menambah pilu Malaysia amnya. 


Konsert musik, Future Music Asia Festival yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, telah meragut banyak nyawa (yelah kan, lebih dari seorang). Selama yang aku baca, 6 orang dan beberapa lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal. Hal ini berlaku dilaporkan kerana telah mengambil dadah yang berlebihan. Ish ish ish. 

Sebelum aku mahu mengulas lanjut kisah ini, aku ucapkan takziah buat keluarga si mangsa.


Aku tak tahu sama ada aku telah dipukau atau ini sememangnya satu sifat kemanusiaan. Dan aku juga tidak pasti seandainya apa yang aku lontarkan akan diselar oleh masyarakat dan dianggap sebagai satu pendapat kurang bijak dan umpama menegakkan benang yang basah. 

Ok kisahnya, adalah di sana sini memperkatakan tentang isu ini. Maksud tersirat aku, memperkatakan ialah mencemuh, mengkeji dan memaki. Adalah disini, aku kurang bersetuju dengan tindakan mereka. Aku tahu, mereka telah menconteng arang ke muka seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Apa yang mereka lakukan telah memalukan mereka. No offense. Tapi, dari satu sudut lain, pernah tak kita letak diri kita sebagai ibu dan bapa mangsa yang terlibat? Sudahlah anak mereka melakukan onar, mereka pula mendapat caci maki cemuhan orang ramai, dan yang paling tragis, mereka kehilangan permata mereka. Walaupun, apa yang anak mereka buat, besar manapun kesilapan mereka, mereka masih seorang anak. Walaupun aku bukan seorang ibu atau bapa, akan tetapi satu perkara yang aku pasti, ibubapa mana yang takkan maafkan anak mereka. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. 

Aku tak tahu, kenapa instead of marah dengan perbuatan remaja dewasa yang hemmm.. 'kurang bijak', tapi aku bersimpati dengan keluarga mereka yang terbabit. Semua orang pernah ataupun akan merasa kehilangan insan yang mereka sayang, begitu juga aku dan dirimu. 


Kita hanya perlu doakan kesejahteraan mereka. Tak perlulah nak mencemuh sangat. Setiap orang pernah buat silap, dan kita patut bersyukur sebab masih bernafas dan punya kesempatan untuk memohon keampunan ke atas sesiapa pun yang pernah kita lukakan. Sebab kita tak pergi konsert tersebut, tak ambil dadah, kita dah anggap diri kita mulia? Jangan terlalu bangga. Kita takkan pernah tahu bagaimana pula nyawa kita ditarik. Lahir sebagai Islam, tiada jaminan kamu akan mati sebagai seorang Islam. Tepuk dada tanya selera. Manusia tiada yang sempurna apatah lagi maksum. 

Kita semua pernah muda kan? Maafkan emosi yang terganggu, namun aku juga manusia. Aku juga pernah buat silap. Aku juga pernah dihakimi masyarakat. Seharusnya aku tahu apa yang mereka rasa. 

0 comments:

Post a Comment