Wednesday, January 23, 2013

MaulidurRasul 1434H

Assalam semua. 

Tahukah esok adalah hari apa??
KHAMIS??? 
Ya!! Kamu semua pandai tapi tahukah???

Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang indah penuh saadah,
Bermula lah sebuha kisah. 
Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiulawal yang cerah, 
20 April Tahun Gajah, 
Lahirlah zuriat yang saadah.

Yup!!! 
Pada esok hari atau mungkin kita boleh kira bermula malam ini, Malaysia telah menetapkan cuti umum setiap tahun pada 12 Rabiulawal (bulan Islam) demi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. *apabila mendengar S.A.W tersebut, kita hendaklah berselawat ke atas Baginda.*

Nabi S.A.W merupakan Rasul terakhir utusan Allah S.W.T dan merupakan pemimpin kepada umat manusia. 
Mengimbau sirah hidup Baginda yang dilahirkan dengan title yatim piatu apabila ayahandanya Abdullah kembali ke rahmatullah sebelum sempat melihat anaknya. 
Ibunya Aminah, pula wafat ketika usianya baru mencecah 6 tahun. 
Dijaga pula oleh datuknya, Abdul Mutallib, namun beliau juga kembali beberapa tahun selepas itu. 
Abu Talib, yang merupakan bapa saudaranya pula menjaganya namun, dia juga kembali ke rahmatullah selepas beberapa tahun menjaga Baginda. 
Rentetan sirah Baginda diteruskan apabila beliau berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun, dan kewafatan Khadijah benar- benar meninggalkan berkas dalam hidup Baginda. 
Perjuangan Islamnya ditentang oleh kaumnya sendiri. 
Berhijrah ke Madinah bersama sahabat setianya, Abu Bakar As-Siddiq.
Dan akhirnya Baginda wafat pada usia 63 tahun. 
*Sebenarnya sirah nabi masih banyak. Kisah perjuangannya, ketaatannya.  

Alhamdulillah aku dilahirkan di sebuah negara Islam yang menyambut... i mean sekurang-kurangnya memperingati dan menghormati kelahiran Baginda. 
Tema MaulidurRasul pada tahun ini adalah " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Teringat dulu kala masih bersekolah, pasti akan ada sambutan di sekolah, atau sekurang-kurangnya kami satu sekolah akan berselawat pada hari tersebut.Aku juga pernah terlibat dengan perarakan MaulidurRasul. 

Tapi kini, aku semakin dewasa, tiada yang sudah mahu mengingatkan aku. Bukan!! Tiada yang akan mengingatkan KITA!!! 
Makanya, aku berpesan buat semua. Jangan lupa apa yang harus kita ingat. 
Sambutan juga bukan sekadar sambutan, kisahnya dijadikan iktibar. Dirinya dijadikan panduan. :)

Salam Maulidur Rasul buat semua. 
Assalam

0 comments:

Post a Comment