Tuesday, February 05, 2013

Selamat ulangtahun sayang.

Assalam semua. 
Sepatutnya lama dah entry nie aku tulis. Tengoklah, hari nie pun dah 5hb Feb. 

Berseswaian dengan tajuk, aku sebenarnya nak menceritakan rentetan, not rentetan la sebenarnya tapi a bit of peristiwa yang berlaku hari tu. Aku rasa seperti tahun ini adalah one of my best birthday i ever had. 
Sebab, yang berlaku hari tu, semua baik2 belaka. Segala yang berlaku buat aku tersenyum. :) *senyum lebar sampai ke telinga. 

Dan pada hari tersebut aku dapat apa yang aku nak. Apa yang aku impikan. Alhamdulillah. Akan ku jaga ia sebaiknya. 
Oh! Tak lupa, yang menambah maniskan hari lahir aku adalah cikgu, yess!! cikgu yang pernah mention aku sebelum nie, sambut besday girl nie at KFC. With a very delicious blueberry cake. Untung betei badan nie.. Muehehe... 



Dapat gather dengan member sekolah menengah sama2. One of best moment on my birthday. 

Dengan lafaz Bismillah. saya membedah blueberry cake nie :)



Nielah cikgu yang aku sebut2 tu. Komawoo cikgu. <3


THIS WILL BE STAY AS A MEMORY...( a sweet one)

* Tak lupa mak ucap terima kasih pada yang wish besday hari tu. Tak kiralah through FB or text. Tapi tapi tapi.... kan korang, aku macam tak selesa dengan 1 wish korang, semoga cepat dapat jodoh... For sure lah aku aminkan. orang dah doakan tu!!! Tapi 21 is still too young for me. I don't want to think about this matter at all for this time at least. InsyaAllah those thing will come on the right time at right place. 

Peace....


Friday, February 01, 2013

be mine ^-^

Assalam semua... 

Hari nie tak banyak yang aku nak kongsi. Yepp!! Aku nak bagitahu yang aku aku balik kampung aku semalam. Tapi aku nak share pengalaman balik kampung kali nie di entry lain. 

Yang aku nak share kat sini adalah, yess!! seswai sangat dengan tajuk. 
Mesti kita dah biasa dengar tajuk tu kat corong radio kan2. 
So, yang aku nak cerita adalah aku dengar lagu tu 3x at the same radio station. HotFM. 
Dan aku bukan nak mengkomen bising2 yang diorang ulang pasang lagu yang sama banyak kali... Aku tak kisah pun since aku suka dengar lagu tu. 
Yepp!! Aku suka lagu nie. Catchy. Tak berat. 
Alah, setakat nak buat ringan2 kan kepla kan.. 
Selalu kan dengar lagu cinta yang berat2. Sampai kepala pun rasa macam pikul batu. 
Dan, for sure lah kan, lagu nie langsong tadak kait mengait dengan hidup aku.
The singer or this song are Tasha Manshahar, with Syed Shamim. 
Listen to this song for the first time, aku langsong tak suka. Tapi one day, ada yang pasang lagu nie. Means aku dengar secara rawak, and I felt for this song. The original version, without that guy. 

But then, bila dengar kat radio dah lain siket. Like they doing some rearrangement. Maybe for commercial purpose right?
But. I still like it. And if right now, people ask me, what song I really wanted to hear, I'll choose BE MINE :)

Nota kecil: Aku try buh youtube video nieh tapi tak berjaya dan aku putua asa. Tapi if klik kat "BE MINE" tu jumpe kott. So enjoy :)

* malam nie banyak sangat bintang. Cantik sangat. Rasa macam nak capai satu2, kutip then gantung dalam bilik. Aku suka bintang. 
Mungkin bintang tu nak celebrate besday girl. Oh! Untuk diri sendiri, Selamat Hari Lahir ke 21, u r big girl now. Be strong. 




Thursday, January 31, 2013

Mimpi mainan tidur

Assalam dan selamat petang semua.
Ehem..ehem.. penuh formal pembuka bicara aku... dah macam YB berucap pulak. =,=

Tadi, around 12 lebih, mak aku bukak TB. *aku sibuk buat worduko sambil goyang2 kepala layan lagu....
Aku bukan lah superman,
Aku juga bisa nangis, 
Bila kekasih hatiku,
Pergi meninggalkan aku... 

Cube teka...cube teka lagu apa??? Lama dah kan tak dengar lagu nieh. :)

Okeh..okeh.. bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya... 
Tapi.. tadi kan mak aku bukak TB3, Wanita Hari Ini@WHI. "AHHA! Tajuk dia interesting" 
Aku suka topik hari nie. Bukan..bukan cerita pasal kahwin... 
Tapi pasal mimpi. Seperti yang dinyatakan penulis di atas tadi.. Ha! Tajuk tu lah... "Mimipi mainan tidur".
Seswai sangat aku tengok sebab recently aku dapat mimpi yang merepek2... Berulang-ulang pulak tu... Apakah petandanya?? Or ada petandakah??? 
Ok! Kita biarkan soalan tu tak berjawab. Malas nak fikir pun ye  jugak. 

Tetamu jemputan dia, seorang wanita yang dah berusia dan seorang lagi ustaz. tak sure ustaz apa, since aku pun tak tengok from the beginning. 
Cuma, pengisisan yang aku boleh sampaikan disini, menurut ustaz tersebut...
"sebenarnya mimpi nie ada 2. satu yang datang dari Allah, satu lagi dari syaitan. kalau yang baik tu, makanya datang dari Allah lah, tapi kalau sebaliknya maka sebaliknya lah...kadang-kadang mimpi nie boleh jadik petanda untuk sesuatu itu berlaku."

Lagi yang aku nak kongsikan satu info best. Biasa kan kita dengar orang mimpi ular. Sebenarnya mimpi ular nie tak berapa bagus. Ular merupakan elemen berkait dengan manusia dan perkara ini sejak zaman Nabi Adam a.s lagi. 
Oleh sebab itu, kalau ada ular, kita sebagai umat Islam, kena halau ular dengan cara yang baik. Tak bulih sesuka sesuki bunuh, sabit, kelar or what-so-ever yang nampak macam kejam giler. 
Dan, ular ini jugak boleh dikaitkan dengan sihir. So, kepada sesiapa yang termimpikan ular tu, berhati-hati lah yer.
Banyak kan amal, tingkatkan iman, dan berdoalah semoga segalanya baik baik aja. 

Oh, sebenarnya ada nak sambung lagi... tapi next entry la pulak kan... 

Sekian dulu... 



Wednesday, January 30, 2013

Sepetang emak dan abah.

Assalam semua.
Petang tadi, seperti biasa, anak dara nie memang lah takkan turun ke tanah punya. 
Bagilah aku semua kerja rumah yang aku kena buat, asalkan memang area nya dalam rumah!
Aku nie jarang la nak turun ke tanah.
I don't know how people look and evaluate me...  Sombongkah??? Pemalukah??? Anti-soc kah??? 
Tapi bukan tu yang aku nak share.
Apa yang orang fikir, itu kita tolak tepi dulu. 

Tadi, dah nak ke senja, mak aku naik rumah, bising. 
Mak: Geram pulak mak dengan abah tu. Mak susah2 tangkap ayam jantan tu masuk reban, dia g lepas balik. 
Aku: *mampu gelak jerr... 
Mak: Mak kata kat abah, mak suruh dia masukkan balik ayam tu dalam reban...
Aku: *geleng kepala. 

Bukan salah abah aku pun. 
Tadi dia pegi gunting rambut, then balik tengok ayam jantan tu cantik comei jer ada dalam reban, ayah aku ingat ayam tu tak ber lepas lagi. Tu yang dia lepas balik tu, padahal mak aku baru jer, baru sangat jer tangkap ---> masukkan dalam reban. 
Nasib... nasib... 

Kejap..kejap.. kejap... 
Teringat kisah petang semalam pulak. 
Pergi pasar tani. 
Bertiga jelah. Mak. Abah. Aku. 
Abah: Awak g lah beli ikan, saya tunggu kat kereta. 
Lalu, aku pun teman lah mak beli ikan. 
Then, lalu depan gerai makcik jual kangkung. 
Mak: Seikat kangkung nie barapa kak???
Makcik jual kangkung: Seringgit. 
Mak: Nak satu yer.. *sambil cakap kat aku, kesian kaloi dik.. 
*Oh! Mak aku nak bagi kaloi makan, ingat untuk masak. 
Bersama seplastik ikan dan kangkung, nampak abah. 
Mak: Abang beli apa? *dia nampak ayah aku pegang plastik oren.
Abah: Kangkung. 
Aku menyibuk: Berapa ringgit???
Abah: Seringgit. 
*Ooooowwhhhh, kedai sama kot. Rezeki makcik tu kan hari nie. Plus rezeki sang kaloi ibu Bawang Merah 
Aku senyum aja... :)

Sometimes I found it's funny to see how our parents life isn't??? 
How they spend their gold times together... and how they grew old together. 
Being old actually a good thing. We can spend as much as moment with our beloved one. 

Who's gonna be my beloved one pulak??To grew old together?? And besarkan anak ayam, kucing, ikan, angsa dan etc.. together.... 
~LONG WAY TO GO..........~

Monday, January 28, 2013

Pengalaman itu mahal.

Assalam. 
Bersua lagi kita. :) Say hye to everybody. *with the most sweet smile. 

Petang yang indah, aku pun rasa ia tenang. 
Namun, bukan cuaca yang ingin aku kongsikan tapi pengalaman aku sebentar tadi. 

Seperti yang kalian maklum, aku nie harap je dah besaw panjang, (21 dah besar what.) tapi  still tak pandai nak drive. 
I mean, seperti yang pernah aku nyatakan sebelum nie, aku memang ada lesen P, which tiket tulah yang membenarkan aku memandu di atas jalan raya. 
So, tadi, daddy aku ajak p Jengka 18. Dan dia suruh aku yang drive. Aku nie Maha lah penakutnya. Nebess gitu. Kurang yain diri pun ye jugak!!! 

Dalam kereta, while I'm driving, i've got a free lecture from my unofficial driving teacher, I mean my daddy lah. Hahaha.. Lagu kat radio tu pun dah tenggelam dek suara abah. Yang ni salah, yang tu tak betul la, pegang stereng macam nie, bukan macam tu and etc..etc...etc. =,=

Waktu nak balik semula ke Jengka 22, aku drive lagi. Percentage ayah aku pegangkan stereng pun dah jadik 40%. Waktu on the way kesana (J18), it is about 80%..?????*ayah aku tak berani nak lepas stereng. Dia kata aku tak pandai agak jalan. Asyik nak ke tepi jerr... 
Yelah kan... aku pulak rasa yang aku macam makin ke tengah. Pastu bila nampak kenderaan dari arah bertentangan, aku jadik gabra dan cuak. Aku pulak yang sibuk mengelak.. 
Aku tertanya2 jugak lah, dengan sikap aku yang takut2 berani tu, agak2 bila lah aku bulih mahir nak bawak kereta by myself kan???
Nanti dah kerja..risau aku risau.. huhuhu... 

And, di pendekkan cerita, ayah aku suruh aku drive sampai rumah. 
Tiba-tiba, sampai depan simpang tu.... aku terlajak simpang..Erkk :P....
Cepat2 aku brek, before aku terbabas lagi jauh dan langgar pembahagi jalan. Mujur aku tekan brek, if yang aku tekan tu minyak???
Wallahualam... takut aku nak mikior kemungkinannaya....

So, pemandu berganti orang. Kena sedas lagi dengan ayah aku.. Tsk tsk :'(. 
Aku takot kene marah sampai ke rumah. 
Aku nie pantang sikit kalau kena marah, touching.. Sobs :(

Mujur, by fate. Kat rumah aku tak kena marah. Cuma yah aku pesan, tu PENGALAMAN. 
"Ingat tu dikk, jangan lupa...."
Aku hanya angguk. Tapi aku macam dah fobia jer nak drive lagi. When it comes to simpang, aku gabra... 

Tapi tapi tapi... aku tak boleh pulak nak berhenti kat mana kau dah mula.Kena teruskan jugak. Kalau tak sampai bila2 pun aku takkan belajar, takkan pandai...
Semangat aku untuk diri sendiri.
Jangan berhenti mencuba, dan mengalah. 

Aku cuba... InsyaAllah. 

Sunday, January 27, 2013

Semusim

Assalam.
Actually, nie bukan cerita "semusim" ataupun cerpen karangan aku. 
It should be sehari tapi macam tak sedap pulak tajuk tu. *tak komersial gituu ;)

Hari nie. One word. Seronok. 
Just doing sumting yang sama dengan manusia kat muka bumi nie yang lain. Bangun tidor, menggeliat kiri kanan, gosok gigi, having "great" breakfast done by myself. *well, maggi segera je pun. rendam dengan air panas, tunggu sampai kembang semangkuk, lalu, SIAP!!! (^_^)

Then, berkemas cantik, manis dan sopan. Nak jumpa Cikgu. Cikgu yang aku kenal melalui kawan. One of my bff. She's close to that 'cikgu'. Just then, aku rapat dengan dia, so, secara tak langsung aku rapat la dengan cikgunya. 
Dan, mengenali cikgu tersebut, it just like a gift from God. 
She teach me well. 
I mean dia bukan my official teacher, i've never been taught by her neither primary nor secondary. 
Her name is Cikgu Dina. That was what i used to call her btw. 

Dan, pertemuan singkat aku dengan cikgu, bertukar cerita, pendapat dan pandangan. 
Banyak yang aku belajar hari  nie. 
Yang paling paling utama, lesson that i've learnt today was, jangan kedekut untuk jadik baik, jangan selalu salah sangka dengan orang, ubah mentaliti pemikiran kita, never to look down at other people even you are granted with PhD, and just remember what you give, you'll get back, either those things are good things or vise versa... 

Ohh, banyak lagi sebenarnya yang aku belajar hari nie... 
Tapi tu yang aku rasa nak kongsi sebab ada manfaatnya untuk kita semua. 
Aku tak rasa point yang aku bagi tadi, nak kena elaborate satu persatu. 
Masing-masing enough big untuk memikior sendiri kan kan kan???

Walaupun objektif keluar tak tercapai. Apa yang dimahukan tidak dapat dimiliki, tapi masa yang diisi dengan kisah yang buat kita duduk diam dan berfikir,, it's worth what!!!

OK. Done. Selamat malam semua. (",)

Thursday, January 24, 2013

Salesman

Assalam... 

Pagi tadi..
" Assalamualaikum...." (Lebih kurang 3x kottt.)

Aku bukak pintu, sikit jela, i mean jenguk kepala jerr, sebab omma dengan appa takdek kat rumah. 
* Pesanan: Kalau family takdek kat rumah dan awak tu sorang sorang, jangan mandai nak bukak pintu tak tentu pasaii!!
Kang tak pasai pasai ada yang kena lelong dekat seberang!!!

OH LELAKI!!! " Nak tengok baju, t shirt, etc etc.... " 
Aku balas: Eh, takpelah. * sambil geleng kepala.
Aku tolak sebab...
1) Aku memang tak berminat dengan jualan langsung.
2) Family ku tiada di rumah. Aku BERSEORANGAN. Salesman tu pulak lelaki. Probability apa apa untuk terjadi tu tinggi. 
3) Aku belum pun mandi. Dengan serabai muka berpeluh. Hahaaha imej yang langsung tak menarik nak jumpa orang. ;)

Salesman tu pun berlalu. 
Melalui tingkap bilik, aku intai, dia ke rumah jiran tetangga aku pulak. Cuba nasib. Mana tahu jiran jiran aku ada yang berkenan. 
Tapi, hari nie macam bukan rezeki dia je kan???
Aku nampak dia angkat plastik besar warna merah,pikul di bahu *tak sure kiri ke kanan... 
Ommo!!! Jatuh kasihan pulak aku tengok dia. 
Terfikir sejenak aku, itu memang takdir diakah???
Punca rezeki dia macam tu kah???
I mean setiap orang ada takdir masing-masing. 
Aku tak mempersoalkan takdir Allah, cuma aku terdetik... 
Berubah kah nasib dan rezeki nya suatu hari nie?? Maybe One fine day... 

Seperti aku, seorang pelajar, masih ditanggung.
Suatu hari nanti, aku akan mencari rezeki aku sendiri pulak?? 
Bagaimana pulak takdir dan the way aku dapat rezeki aku sendiri??

Aku berdoa dan keep faith in Him.. Allah knows best :)

* Menjadi salesman bukan kerja keji. Mereka cuma mencari rezeki sendiri. Namun, demi untuk mendapat sesuatu yang baik, niat harus baik, dan cara juga harus baik. 



Wednesday, January 23, 2013

MaulidurRasul 1434H

Assalam semua. 

Tahukah esok adalah hari apa??
KHAMIS??? 
Ya!! Kamu semua pandai tapi tahukah???

Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang indah penuh saadah,
Bermula lah sebuha kisah. 
Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiulawal yang cerah, 
20 April Tahun Gajah, 
Lahirlah zuriat yang saadah.

Yup!!! 
Pada esok hari atau mungkin kita boleh kira bermula malam ini, Malaysia telah menetapkan cuti umum setiap tahun pada 12 Rabiulawal (bulan Islam) demi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. *apabila mendengar S.A.W tersebut, kita hendaklah berselawat ke atas Baginda.*

Nabi S.A.W merupakan Rasul terakhir utusan Allah S.W.T dan merupakan pemimpin kepada umat manusia. 
Mengimbau sirah hidup Baginda yang dilahirkan dengan title yatim piatu apabila ayahandanya Abdullah kembali ke rahmatullah sebelum sempat melihat anaknya. 
Ibunya Aminah, pula wafat ketika usianya baru mencecah 6 tahun. 
Dijaga pula oleh datuknya, Abdul Mutallib, namun beliau juga kembali beberapa tahun selepas itu. 
Abu Talib, yang merupakan bapa saudaranya pula menjaganya namun, dia juga kembali ke rahmatullah selepas beberapa tahun menjaga Baginda. 
Rentetan sirah Baginda diteruskan apabila beliau berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun, dan kewafatan Khadijah benar- benar meninggalkan berkas dalam hidup Baginda. 
Perjuangan Islamnya ditentang oleh kaumnya sendiri. 
Berhijrah ke Madinah bersama sahabat setianya, Abu Bakar As-Siddiq.
Dan akhirnya Baginda wafat pada usia 63 tahun. 
*Sebenarnya sirah nabi masih banyak. Kisah perjuangannya, ketaatannya.  

Alhamdulillah aku dilahirkan di sebuah negara Islam yang menyambut... i mean sekurang-kurangnya memperingati dan menghormati kelahiran Baginda. 
Tema MaulidurRasul pada tahun ini adalah " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Teringat dulu kala masih bersekolah, pasti akan ada sambutan di sekolah, atau sekurang-kurangnya kami satu sekolah akan berselawat pada hari tersebut.Aku juga pernah terlibat dengan perarakan MaulidurRasul. 

Tapi kini, aku semakin dewasa, tiada yang sudah mahu mengingatkan aku. Bukan!! Tiada yang akan mengingatkan KITA!!! 
Makanya, aku berpesan buat semua. Jangan lupa apa yang harus kita ingat. 
Sambutan juga bukan sekadar sambutan, kisahnya dijadikan iktibar. Dirinya dijadikan panduan. :)

Salam Maulidur Rasul buat semua. 
Assalam

Winter Olympics.

Assalam. 
Akhirnya yang ditunggu telah tiba.... 
Puas memecahkan perut mencincang usus sendiri. 

Guess What?? Dapek jugak den nonton RM129... You should know how gigih me waiting for that downloading time. It's worth by the way :)

I wont tell you what was happening. Just because might be, out there doesn't know about Running Man at all. And even bother about it!! So let's keep respect on them . I won't tell the synopsis. 

Just like to share that worth for addicted like me to watch that episode. 
It comes will laughter, and they give me an extra.... Komawoo. 
THIS!!!

PLUS THISSSSS !!!! 
And this is just awesome :)

Hahahaaha.. Haizz.. It's been years since I'm liking those Korean guy.. I thought that zaman already faded from my life...  Me too old untuk jadik teenagers yang tergila-gilakan Korean guys. But I will like on my own way. 
Grown up one. 
By the way. That's my life. 

*OK! Enough. I just would to share what i'm feeling. 

Tuesday, January 22, 2013

L for LULUS. P for PANDU

Assalam pembuka bicara. 


For sure apabila baca tajuk, terus imagine im going to talk about ' today I passed for my JPJ test', or some kind of 'hari nie hari pertama aku pergi kelas memandu, stuck in that like-tutor-in-my-secondary-class for 5+-.' *aku lupa kelas yang 5 jam tu kelas apa..
BTW, bukan tu yang aku nak cerita. 
Nie cerita sang penglipur lara yang dah ada lesen P yang disahkan oleh JPJ, tapi langsng tak pernah pegang stereng kereta.
Yupp!! For sure aku pernah pegang stereng kereta, and my comparison maybe a bit hyperbola. Abaikan =,= .......

Hari nie, cikgu memandu tak rasmi aku a.k.a PC Bujang a.k.a Ayah aku tu, dia bawak aku ke suatu tanah lapang. Untuk???
Ya ampun, of cos  untuk bagi aku pengalaman pegang stereng, tekan pedal minyak dan brek, angkat turun handbreak, dan play with gear. Muahaha. Sounds a bit funny. Aku betul2 baru nak kena belajar balik. 
Yang aku pernah belajar dulu, semua aku dah lupa. hilang ditelan masa. 

Tapi...tapi...tapi... Aku yang mintak nak belajar drive nie, since aku dah sedar betapa betapa betapa pentingnya ada lesen kereta yang tidak hanya sebagai penebal purse!!! 

*BTW, esok aku ada kelas memandu tak berbayar lagi.. Wish me luck. Hope in this one month period of sem break, I could be able to drive by my own.. Allah help me. You too, pray for me ha!! 

menanti.

Penantian itu suatu penyeksaan. Wallawehh.. Ayat tak boleh blah langsung. 
Padahal aku nak tunggu Quality Check RM 129 je pun..
Bagi peminat RM yang hard core macam haku neyh.. memang tunggu la kan..
cube yang tak suka??? kejadah diorang nak tunggu. Lagi bahan  adalah. 
"Apalah sangat dengan 'manusia berlari' tu???"
Sumpah enjoy tengok. Boley lupa masalah dunia kejapp. :)

Kepada mereka yang anti Rm nie, cuba tengok se episod sambil drink a cup of coffee. Towards the end, kompem secawan tu tak cukup. I tell you people... Cheese. 

*Before that, nie nak bagi korang chill kejap bersama kitkat. 


Nie la haa! Yang aku dok tunggu- tunggu sangat tu!