Sunday, March 23, 2014

Kpop so gay

Banyak kerja lain nak buat sebenarnya. Final year project really really killing me and eat me up. And i need a break. Actually i haven't start anything yet. Homaiigod!!!

Tapi nak jugak sentuh sikit pasal tajuk yang aku taip kat atas tu ha. Aku cakap sebab aku ada la pengalaman tu. Ada certain people bila tahu aku suka Kpop. "Ouwch!! Kpop sooo gay." Ya Allah, gay ke tak bukan aku nak follow tabiee dieorang. Aku admire suara, talent and maybe... muka? No offense. 

Ada yang kata Kpop nie poyo. Aku tak kata aku tak setuju. Kita manusia ada akal, boleh kenal buruk baik. And aku mengaku some of groups atau retis Kpop nie over, gediksss, buat-buat cute and etc etc etc yang quite annoying. Dengan attitude yang macam tu, sumpah aku malu nak mengaku aku suka Kpop. Betul. 

Tapi most of times aku rasa dieorang fake. Maksud aku fake bukan in term of look walaupun kita tahu Korea is called Plastic Surgery Island not for nothing. Fake dalam definisi aku, mereka sekadar memenuhi permintaan peminat2 dieorang yang aku bet mostly consists of hormonal teenage teen. Akukah one of them? Aku taknak mengaku sebab 1) Umur aku dah lepas teen, walaupun tak dikira adult lagi. 2) Aku tak suka artis yang aku suka buat2 kiut,gwiyomi atau apa2 tah lagi. Sumpah rasa nak bunuh diri time tu. Euuuh 3)Aku tak rasa kalau aku jumpa dieorang aku akan terjerit terlompat2. Again, refer no 1. Dah besar kan. Malu eyh nak buat perangai bebudak nie, walaupun aku nie tak matang sangat pon. 

Peminat, please lah stop suruh dieorang buat cute or lagi se, yang buat aku berasap. FANSERVICE. Shipping, shipper, what so things. Simply put, fans pasang2 kan retis yang dieorang suka with each other. Manalah komuniti umum tak panggil Kpop nie gay? Dah artis nie terpaksa berlakon to please their fans. Owh. Where the pride man??? 

Aku jumpa gambar nie somewhere. Serius. Tengok gambar nie aku dapat goosebumps. Sesangat. Wuhutt. Dua2 kiddo nie aku suka kot. Nie lah dua2 mamat top bias aku. Dua2 main vocalist of exo. Yang depan tu d.o, belakang tu Baekhyun. And yang aku nak cerita sekarang bukan profil/biodata dieorang. Tapi posisi gambar tu diambil. Serius, fotografer gambar nie sangat bagus. Kalau tak sangat pun, still boleh dipuji. Sebab through this pic, kalau sapa yang tak kenal dieorang or tak biasa dengan SHIPPING, FANSERVICE things akan lihat pic nie dari sudut yang, what both of them trying to do? In my case, what are they trying to show? Sangat mendatangkan kemusykilan posisi nie. 

Aku exactly, clearly sangat follow both of them and sangat suka dieorang punya interaction. Fans panggil tom and jerry relationship. And kalau shipping, otp nie akan ada couple name, dalam kes nie, Baeksoo, Baekdo, and melalui sumber2 yang tak tahulah boleh percaya ke tak, this is one of the most popular ship at Korea. Yay! Aku support this partner, bukan sebab aku nak sokong gay, sumpah tak. Purely sebab their interaction. Kalau follow exo, kompem tahu yang dieorang nie rapat not in romance way. Fans je yang terlebih delusional. 

Dieorang nie ntah2 boring asyik2 ngadap muka yang sama hari2? Manalah tahu. Peminat oh peminat.  

Again, nak cerita pasal apa? Ha! Kpop so gay. Sorry lah kalau dah tersimpang jauh, tapi betullah, nielah antara reason orang kata Kpop tu gay. Compare to artist in other country, they sell their music. The heck dieorang nak follow apa yang fans nak. Tapi fans Kpop nie serius lain macam sikit. Over-protective,over-does, over-thinking, over-delulu. It's like their future belongs to their fans. Kalau tak dibuat apa yang fans nak, fans takkan support dah 'oppa' dieorang. And mana retis2 tu nak carik makan?

So ku seru fans-fans Kpop, just stop. Tak bolehkah minat in normal way, walaupun aku tahu once you are Kpop fan, dia jadik macam a virus. Very infectiuos. Tapi cubalah, cubalah at least. Suka in normal way. Sedangkan aku pun rasa annoyed, apatah lagi idols yang kena paksa buat apa yang dieorang tak suka? Kesian. 

Conclusion aku, buat artis (walaupun dieorang tak baca): Just be yourself, I do hope people will accept you guys because of music, not other things. Buat peminat: Please again. Stop. Retis yang korang suka tu manusia biasa. Ada family, ada hati dan yang penting, TAK SEMPURNA. Buat komuniti: stop jugding, can you? Apa yang kita suka not even better, melainkan yang dah cukup ilmu agama, aku tak nak debat. Setiap orang ada preferences masing2, ada kesukaan dan ketaksukaan masing2. Respect each other, without bashing can us? 
Peace will lead to better world :)


Friday, March 21, 2014

Sang Uh Reul Sarang

Eventhough I couldn't bear to tell you
But I've been loving you since first sight
Although I knew your existence in my life
Will only make you in sorrow

Don't suprised
And don't be touched, or you will hurt
Sometimes, we always say that life is so boring

Eventhough I'm an average person
I really crave for this kind of love
I hate to feel for pretending you don't feel the same
I better give up

But I couldn't stand losing you
And you know about this too
But I don't want you be in dilemma
Until now I could only be with you in sadness
Forever

When you stammered to say something else to me
I an't stand it, I wanted to say I love you
But I'm afraid of how your reaction would be
Should I tell you then?

# Don't. Jangan fikir nie poem what-so-ever. Aku takdelah sejiwang nie. Maksud aku English aku tahap siput jer. Tak pandai nak buat ayat puitis pun. 
Actually, presenting, ni translation ost my girl, citer korea yang pernah feymes kat Malaysia and mungkin se-dunia kot satu ketika dulu. Penat kot aku carik makna lagu nie. Kat google web tak jumpa. Kat youtube baru jumpa. Penat jugaklah start/pause semata-mata nak kejar lirik nie. 
Lagu nie sangat menusuk tertusuk-tusuk. Dalam drama tu, kalau time nak berpisah ke, kena reject ke, mesti lagu nie jadik background. Sobs. 
Aku letak lirik nie kat sini sebab aku just salin lirik tersebut pada sekeping kertas yang bila2 masa jer boleh hilang. Letak kat sini selamat kot. Tu jer main point. Takde kaitan dengan perasaan ke emosi ke mental aku kala ini. Peace yoo!!



Monday, March 17, 2014

Allkpop a good starter.

Jangan salah anggap dengan tajuk. Tajuk boleh menipu. 
Baru-baru nie, reality hit me. Like really hard. 
My mind asked me to stop surf to allkpop. And I do what my mind told me. 

The result excellent. Sungguh, kita takkan mampu move kalau tak lakukan langkah pertama. A baby step aku panggil. Suka rasanya bila dah tak tahu apa yang berlaku kat dunia hiburan Korea sekarang. Tak mati kalau tak usha allkpop or macam kes aku, takkan tak tahu update exo walaupun tak visit allkpop page. Banyak sumber lain. Percayalah, internet connection tu luas wilayahnya. Peace. 

So, dengan mendabik dada, aku nak cakap, aku dalam proses pemulihan hati dan minda dari tangan2 invisible kpop nie. Cuma tulah, tak boleh nak give up dengan exo nie lagi. Can I be their normal fan? Yang stick dengan dieorang tanpa dieorang affect life aku? Become a dedicated fan. Someone yang in the future is a successful lady yet still their fan. 

Later, aku nak tulis kenapa aku suka exo

Sunday, March 16, 2014

Sebagai komuniti


Assalam. 


Kali ini aku terpanggil untuk menulis. Baru-baru ini, ada satu tragedi menyayat hati telah berlaku di Malaysia, tanah airku. Belum pun  reda kejadian menggemparkan kehilangan pesawat MH370 dan masih belum dikesan, tragedi ini menambah pilu Malaysia amnya. 


Konsert musik, Future Music Asia Festival yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, telah meragut banyak nyawa (yelah kan, lebih dari seorang). Selama yang aku baca, 6 orang dan beberapa lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal. Hal ini berlaku dilaporkan kerana telah mengambil dadah yang berlebihan. Ish ish ish. 

Sebelum aku mahu mengulas lanjut kisah ini, aku ucapkan takziah buat keluarga si mangsa.


Aku tak tahu sama ada aku telah dipukau atau ini sememangnya satu sifat kemanusiaan. Dan aku juga tidak pasti seandainya apa yang aku lontarkan akan diselar oleh masyarakat dan dianggap sebagai satu pendapat kurang bijak dan umpama menegakkan benang yang basah. 

Ok kisahnya, adalah di sana sini memperkatakan tentang isu ini. Maksud tersirat aku, memperkatakan ialah mencemuh, mengkeji dan memaki. Adalah disini, aku kurang bersetuju dengan tindakan mereka. Aku tahu, mereka telah menconteng arang ke muka seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Apa yang mereka lakukan telah memalukan mereka. No offense. Tapi, dari satu sudut lain, pernah tak kita letak diri kita sebagai ibu dan bapa mangsa yang terlibat? Sudahlah anak mereka melakukan onar, mereka pula mendapat caci maki cemuhan orang ramai, dan yang paling tragis, mereka kehilangan permata mereka. Walaupun, apa yang anak mereka buat, besar manapun kesilapan mereka, mereka masih seorang anak. Walaupun aku bukan seorang ibu atau bapa, akan tetapi satu perkara yang aku pasti, ibubapa mana yang takkan maafkan anak mereka. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. 

Aku tak tahu, kenapa instead of marah dengan perbuatan remaja dewasa yang hemmm.. 'kurang bijak', tapi aku bersimpati dengan keluarga mereka yang terbabit. Semua orang pernah ataupun akan merasa kehilangan insan yang mereka sayang, begitu juga aku dan dirimu. 


Kita hanya perlu doakan kesejahteraan mereka. Tak perlulah nak mencemuh sangat. Setiap orang pernah buat silap, dan kita patut bersyukur sebab masih bernafas dan punya kesempatan untuk memohon keampunan ke atas sesiapa pun yang pernah kita lukakan. Sebab kita tak pergi konsert tersebut, tak ambil dadah, kita dah anggap diri kita mulia? Jangan terlalu bangga. Kita takkan pernah tahu bagaimana pula nyawa kita ditarik. Lahir sebagai Islam, tiada jaminan kamu akan mati sebagai seorang Islam. Tepuk dada tanya selera. Manusia tiada yang sempurna apatah lagi maksum. 

Kita semua pernah muda kan? Maafkan emosi yang terganggu, namun aku juga manusia. Aku juga pernah buat silap. Aku juga pernah dihakimi masyarakat. Seharusnya aku tahu apa yang mereka rasa.